Yahoo merupakan sebuah nama besar sekitar sedekad lebih dahulu, dengan menerajui penawaran di internet daripada aplikasi permesejan, emel, portal web, dan sebagainya. Namun, sejak letusan media sosial, Yahoo menjadi lambat berevolusi, membuatkan mereka ketinggalan sedikit demi sedikit.
Namun, Yahoo tidak berdiam sahaja, dan telah melantik bekas eksekutif Google, iaitu Marissa Mayer dalam menerajui Yahoo. Ketika itu, Yahoo pernah membuat beberapa perubahan drastik pada perkhidmatan mereka.
Melalui temuramah khas bersama Tech Brew, bekas CEO Yahoo berkenaan kini berkongsi beberapa perkara yang terlepas pandang ketika itu.

Menurut Marissa Mayer, ketika melakukan pembelian dengan tujuan transformasi, Yahoo telah membeli Tumblr pada nilai $1.3 bilion.
Menariknya, pada ketika itu juga, Yahoo turut pertimbang adakah mereka turut mampu membeli perkhidmatan penstriman Hulu atau Netflix. Ketika itu, ia dianggarkan Netflix bernilai sekitar $4 bilion, sementara Hulu sekitar $1.3 bilion. Melihat kembali, Marissa Mayer mengatakan pengambil-alihan salah satu daripada kedua-dua perkhidmatan penstriman berkenaan mungkin memberikan impak lebih baik berbanding Tumblr.
Tumblr yang diambil-alih oleh Yahoo! mengalami pelbagai fasa, termasuk dimana ketika satu fasa aplikasi dihalang di AppStore dan ramai meninggalkan platform tersebut.
Selepas itu, Yahoo! sendiri menghadapi masalah, dan dijual kepada pihak Verizon. Pada 2019 yang lepas, Tumblr yang tidak begitu membawa keuntungan, telah dijual kepada pihak Automattic yang turut menguruskan WordPress pada nilai dianggarkan bawah $3 juta.
- Sumber
- TechBrew