Lagi Ura-Ura AirPods Kelak Boleh Menjadi Alat Bantuan Pendengaran
Fahim Zahar
AirPods dengan ciri memantau kesihatan dan kecergasan pengguna telah pun dilaporkan sejak tahun 2021 lagi. Tahun lepas sebelum AirPods Pro generasi kedua dilancarkan, ramai menjangkakan TWS baharu Apple ini akan hadir dengan kemampuan mengesan nadi pengguna tetapi ia tidak berlaku.
Mark Gurman yang menulis untuk Bloomberg hari ini melaporkan Apple masih sedang membangunkan AirPods yang boleh memantau kesihatan pengguna. Lebih spesifik kali ini adalah untuk suhu badan dan mengesan masalah pendengaran.

[info] Ulasan Apple AirPods Max – Terhad Kepada Peminat Tahap MAX! [/info]
AirPods sudah pun ada ciri mencipta profil audio khas untuk pengguna mengikut kemampuan pendengaran. Gurman turut menyatakan Apple sedang mengkaji untuk menjadikan AirPods sebagai alternatif kepada alat bantuan pendengaran untuk golongan OKU.

Tambahan Gurman lagi ciri ini mungkin akan tiba pada AirPods Pro dan AirPods Max generasi baharu dengan port pengecasan USB-C. Ciri kesihatan ini juga tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat kerana akan mengambil masa berbulan atau bertahun untuk menjayakannya.
Di Amanz TWS yang ada ciri kesihatan yang pernah saya uji adalah Amazfit PowerBuds Pro. Ia adalah TWS yang boleh mengesan postur tulang belakang.
[sumber] Bloomberg [/sumber]