Carian
Lebih 50% Satelit Aktif Di Angkasa Sekarang Dikendalikan Oleh SpaceX
July 31, 2023 Effi Saharudin

Starlink memulakan operasi mereka di Malaysia minggu lalu dengan 10 unit pertama penerima internet satelit ini diberikan kepada UiTM. Hari ini timbul laporan daripada The New York Times yang mengatakan lebih 50% satelit aktif di angkasa lepas kini dikendalikan oleh SpaceX yang merupakan syarikat induk Starlink.

Setakat ini lebih 4500 satelit Starlink sudahpun dilancarkan oleh SpaceX. Starlink merancang meletakkan 42,000 satelit mengelilingi bumi bagi membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan Internet ke seluruh pelosok bumi. Ini membawakan kerisauan kepada beberapa pemimpin dunia yang melihat Starlink ingin memonopoli perkhidmatan internet menggunakan satelit dunia.

Seperti yang kami sudah laporkan sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU) sudahpun memulakan usaha untuk melancarkan rangkaian satelit mereka sendiri sebagai alternatif kepada Starlink. Di Malaysia pula CONNECTme NOW dan Angkasa-X turut menawarkan perkhidmatan yang sama. Persaingan adalah elok untuk orang ramai kerana ia memastikan harga sentiasa kompetitif dan inovasi diteruskan.

Komen