Carian
Xiaomi 13T Dan 13T Pro Tersenarai Di SIRIM – Bakal Tiba Tidak Lama Lagi?
August 18, 2023 Fahim Zahar

Setiap tahun sejak tiga tahun lalu Xiaomi mula melancarkan peranti mercu mampu milik melalui siri T. Bermula dengan Xiaomi Mi 10T, 11T, tahun lepas dengan 12T yang menyokong kamera 200MP dan tahun ini siri 13T pula.

Peranti ini biasanya menawarkan spesifikasi yang hebat seperti skrin Dolby Vision, cip peranti mercu dan memberikan pengalaman penggunaan yang memuaskan. Terbaru, Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro dilihat telah disenaraikan di laman SIRIM sejak bulan Julai lalu.

Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro

Xiaomi 13T dengan kod nama 2306EPN60G dikatakan mungkin akan dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 atau Snapdragon 7+ Gen 2 dengan spesifikasi lain masih tidak jelas. Sementara Xiaomi 13T Pro dengan kod nama 23078PND5G dikatakan mungkin dijana dengan cip Dimensity 9200+ iaitu cip MediaTek paling berkuasa setakat ini.

Redmi K60 Ultra – China

Xiaomi 13T Pro turut pernah dilaporkan akan hadir dengan skrin OLED 6.67″ 144Hz, menggunakan memori jenis LPDDR5X dan storan pula jenis UFS 4.0, bateir berkapasiti 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. Peranti ini turut dikatakan mungkin adalah Redmi K60 Ultra untuk pasaran global. Sama-sama kita nantikan.

Komen