Carian
OnePlus 12 Melepasi SIRIM – Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi?
December 4, 2023 Fahim Zahar

OnePlus 12 akan dilancarkan di China esok. Butiran peranti ini sudah banyak yang diketahui seperti cip Snapdragon 8 Gen 3, kamera Hasselblad dengan sensor Sony LYTIA baharu, serta rekaan yang lebih kurang sama dengan OnePlus 11 tetapi dengan pilihan warna yang lebih menawan.

Peranti ini disahkan akan dilancarkan untuk pasaran global pada 24 Januari 2024. Baru-baru ini peranti ini telah pun tersenarai di laman SIRIM, memberi petanda pelancaran di Malaysia mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Tahun lepas, OnePlus 11 dilancarkan pada bulan Februari – adakah OnePlus 12 tahun ini sebulan lebih awal iaitu juga pada bulan Januari?

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini. Kita mungkin akan mengetahuinya lebih lanjut selepas pelancaran di China esok.

Komen