Cari @ Amanz

Tahun ini Huawei kembali dengan garang selepas berjaya menawarkan semula peranti dengan sokongan rangkaian 5G menerusi penggunaan cip rekaan sendiri Kirin 9000s. Kirin 9000s yang dihasilkan menggunakan teknologi 7nm dihasilkan menerusi kerjasama dengan SMIC. Ia mengejutkan dunia kerana China percayai tidak mampu menghasilkan cip berteknologi 7nm kendiri.

Pasca pelancaran Kirin 9000s, muncul persoalan mengenai prestasi cip ini. Menurut analisa Nanoreview.net, prestasi Kirin 9000s adalah tidak setanding berbanding cip Kirin 9000 yang dilancarkan pada tahun 2020. Ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana Kirin 9000 dihasilkan menerusi teknologi 5nm TSMC. Antara peranti yang menggunakan Kirin 9000 ialah Huawei Mate 40.

Kelebihan hanya dapat dilihat pada prestasi CPU tetapi tidaklah begitu ketara. Dari sudut prestasi GPU untuk gaming dan penggunaan bateri Kirin 9000s ditinggalkan di belakang. Sebagai contoh dalam ujian Antutu 3D, prestasi GPU Kirin 9000s adalah sehingga 57% di belakang Kirin 9000.

Huawei dan SMIC telahpun menggunakan cip 5nm Kirin 9006C tetapi hanya pada komputer riba Huawei Qingyun L540. Prestasi cip ini masih lagi misteri tetapi pastinya lebih baik kerana teknologi 5nm. Dalam masa beberapa bulan sahaja cip Kirin berjaya berubah daripada teknologi 7nm ke 5nm yang kini hanya dua generasi sahaja di belakang teknologi 3nm.

Halangan menggunakan teknologi barat mengakses mesin EUV ASML tidak menjadi penghalang kepada Huawei. Yang menjadi pertanyaan ialah bila pula dan bukannya jika Huawei akan menawarkan cip 3nm mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd