Carian
Rekaan Samsung Galaxy A35 Sekali Lagi Tertiris
February 8, 2024 Amy Maizuraa

Samsung Galaxy A35 dijangka boleh dilancarkan dalam masa terdekat. Lebih-lebih lagi peranti kini ditemui tersenarai melalui laman Radio Research Agency (RRA) di korea, yang juga menunjukkan imej sebenar lebih jelas.

Secara umumnya ia dilihat serupa dengan imej pengolokan tular sebelum ini. Peranti memuatkan tri-kamera utama di belakang. Diikuti juga sebuah lampu LED Flash sebagai pelengkap. Ia juga amatlah serupa dengan pendahulunya Galaxy A34, yang mungkin berbeza hanya pada panel hadapan. Kemudian butian spesifikasi pula masih kekal rahsia.

Imej pengolokan tular

Sehingga kini sebanyak empat model baharu Galaxy A telah diumumkan yang termasuk Galaxy A05, Galaxy 05s, Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G. Kesemuanya juga sudah boleh didapati di Malaysia melalui pengedar sah Samsung Malaysia.

Komen