Cari @ Amanz

Tahun 2023 adalah tahun di mana Apple tidak melancarkan sebarang iPad baharu. Ini kerana Apple dilaporkan akan hadir dengan iPad serba baharu. Rekaan yang lebih moden, mungkin menyokong MagSafe, perancangan panel belakang kaca, kamera lebih baik dan cip pemprosesan baharu. MacBook baharu telah pun diumumkan baru-baru ini, kini giliran iPad pula.

MacRumors melaporkan yang Apple mungkin akan melancarkan iPad Air baharu seawal April atau hujung Mac nanti. Baru-baru ini mereka menyatakan yang kilang dari China telah pun mula melakukan penghantaran iPad ke seluruh dunia. iPad Air 2024 ini dikatakan mempunyai dua saiz skrin, dijana cip Apple M2, menggunakan rekaan baharu, menyokong WiFi 6E dan Bluetooth 5.3.

Jika benar ini adalah iPad baharu yang dinanti-nantikan, saya juga rasakan sudah sampai masa untuk saya naik taraf ke iPad baharu selepas dua tahun menggunakan iPad Air M2 sebagai tablet harian. Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd