Eksekutif OnePlus Mengesahkan OnePlus 13 Akan Dilancarkan Bulan Depan
Fahim Zahar
Qualcomm akan melancarkan cip Snapdragon 8 Gen 4 tidak lama lagi dengan teknologi cip Snapdragon X diintegrasikan bersama. Ia akan menggunakan CPU Oryon dengan kuasa mencapai 4.2GHz dan menggunakan rekaan 3nm oleh TSMC. Salah satu peranti dengan cip ini telah disahkan akan tiba seawal bulan Oktober tidak lama lagi.

Menurut Li Jie Louis melalui Weibo, peranti ini adalah peranti mercu OnePlus yang seterusnya – mungkin OnePlus 13. Peranti ini akan tiba untuk pasaran China terlebih dahulu sebelum dipasarkan untuk pasaran global. Beliau menyatakan pembuat cip untuk OnePlus 13 ini adalah yang sama yang telah menghasilkan cip untuk laptop generasi baharu. Ia turut akan membawakan sokongan kadar segar semula 120FPS pada permainan Genshin Impact pertama untuk Android.
Peranti ini dikatakan akan menjadi peranti Android yang paling berkuasa dalam industri selepas ia dilancarkan nanti. Jika maklumat tertiris benar OnePlus 13 akan menyokong perlindungan IP69, dilengkapi tri-kamera 50MP Hasselblad, menggunakan rekaan skrin rata serta bateri sebesar 6000mAh. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut tidak lama lagi.
[sumber] Weibo – Li Jie Louis [/sumber]