Cari @ Amanz

Nikon merupakan pengeluar kamera yang tidak asing lagi bagi pengguna tempatan. Walaupun pada tahun lepas, Nikon mengalami sedikit masalah, disebabkan oleh masalah banjir di Thailand, meninggalkan kesan kepada pengeluaran dan penjualan mereka, namun Nikon masih kekal sebagai jenama pilihan utama untuk DSLR di Malaysia.

Pada masa yang sama, Nikon juga mengatakan mereka akan cuba mendapatkan pegangan pasaran sebanyak 50% sepanjang tahun ini, setelah mengalami penurunan kepada sekitar hanya 40% tahun lepas.

Walaubagaimanapun, dari segi pasaran kamera digital, ia langsung tidak terjejas, dimana Nikon masih memegang 20% daripada pegangan pasaran di Malaysia seperti mana mereka sasarkan sepanjang tahun 2011.

Selain daripada itu, Nikon Malaysia juga turut mengumumkan pelancaran D800 dan juga kamera kompak Coolpix di Malaysia hari ini, setelah ianya mula dilancarkan dipasaran global pada awal minggu ini. D800 bakal dijual di Malaysia bermula daripada bulan Mac kelak, manakala D800E bakal mula dijual bermula daripada bulan April. Harga kedua-duanya tidak diumumkan, tetapi dijangka sekitar RM10,000 hingga RM12,000.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd