Cari @ Amanz

Diperkenalkan pada bulan Jun yang lepas di Computex 2013, kini Asus Malaysia telah pun mula menawarkan tablet bersaiz 7-inci mereka yang terbaru, iaitu Asus MeMO Pad HD 7 di pasaran tempatan dengan harga jualan RM649.

Asus MeMO Pad HD 7

Asus MeMO Pad HD 7 menawarkan paparan skrin bersaiz 7-inci dengan paparan 1280×800 pixel. Ia turut dilengkapi dengan cip empat-teras 1.2GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera hadapan 1.2-megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel. Tablet ini hadir dengan Android 4.2 Jelly Bean.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tablet berasaskan Android bersaiz 7-inci, mungkin boleh membandingkan ia dengan HP Slate 7 yang turut mula dijual baru-baru ini. Namun, sekiranya ingin menantikan beberapa bulan lagi, kami lebih mencadangkan anda menantikan Nexus 7 baru yang telah diumumkan oleh pihak Google pada bulan Julai lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd