Cari @ Amanz

Google pada tahun ini dijangka untuk memperkenalkan bukan hanya satu telefon pintar Nexus sahaja, sebaliknya berkemungkinan dua telefon pintar – masing-masing daripada Huawei dan juga LG. LG dikatakan mungkin menawarkan telefon pintar bersaiz 5.2-inci, sementara Huawei dijangka bakal menawarkan phablet sekitar 5.7-inci.

Seperti semua sedia maklum, ini hanya sekadar desas-desus awal sahaja, dan terdapat kemungkinan pelbagai perkara berubah, dan mungkin salah satu atau pengeluar lain yang hadir dengan telefon Nexus akhir kelak.

Google pada setiap tahun melancarkan telefon Nexus menggunakan sistem operasi Android terkini, dan dengan Android M yang dijangka menyusul pada tahun ini, peranti Nexus baru ini dijangka akan menjadi terawal menggunakannya.

Google juga diura-ura akan membawa sokongan pengimbas cap jari pada Android M, dan tidak mustahil untuk kita melihat ia diintegrasikan pada peranti ini.

Seperti biasa, tiada pengeluar mahupun pihak Google yang mengeluarkan komen berkaitan perkara ini buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd