Cari @ Amanz

Lenovo Malaysia hari ini telah berkongsi mengenai salah satu komputer riba baru mereka yang bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi, iaitu Lenovo Yoga 500. Ia merupakan salah satu komputer riba dengan rekaan boleh-ubah kepada beberapa bentuk penggunaan lain, termasuk sebagai komputer riba, pemain media, dan tablet.

Lenovo Yoga 500

Lenovo Yoga 500 hadir dengan cip pemprosesan berasaskan Intel Core, selain hadir dengan pilihan menyertakan kad grafik NVIDIA GeForce. Komputer riba boleh-laras ini turut hadir dengan sokongan audio Dolby Home Theater, dan dijana menggunakan sistem operasi Windows.

Spesifikasi penuh untuk komputer riba ini dijangka mungkin dikongsikan ketika ia mula dijual di Malaysia kelak. Peranti ini dijangka akan turut dijual kepada pengguna selain daripada pilihan Yoga 2 dan juga Yoga 2 Pro yang telah dilancarkan sebelum ini.

Yoga 2 bersaiz 14-inci akan dijual pada harga RM1792 di Malaysia, sementara variasi 15-inci akan dijual bermula RM2924. Kedua-dua harga adalah sebelum GST.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd