Carian
Remo Membolehkan Pemilik Mengawal Kamera GoPro Menggunakan Arahan Suara
November 30, 2016 Effi Saharudin

Kamera aksi GoPro Hero5 Black dan Hero5 Session boleh menerima arahan menggunakan sistem kawalan suara. Antara arahan yang boleh diberikan ialah memulakan serta menghentikan rakaman video/gambar. GoPro Remo ialah aksesori tambahan yang membolehkan kawalan suara diterima walaupun dari jarak jauh.

gopro-remo-1

Remo ditambat kepada kamera Hero5 Black dan Hero5 Session secara Bluetooth. Terdapat cagak yang membolehkannya dipakai seperti jam tangan ataupun klip untuk disangkut pada baju. Kawalan suara diberikan dengan menekan butang pada bahagian tengah. Dengan Remo arahan boleh diterima kamera dari jarak sehingga 10 meter. Ia kalis air dan tahan lasak seperti kamera aksi  dan memahami 13 arahan menggunakan 10 bahasa. GoPro Remo dijual pada harga $79.99 (~RM 360) sebuah.

Komen