Carian
Blackberry Evolve Dan Evolve X Akan Dilancarkan Di India Pada 2 Ogos
July 31, 2018 Fahim Zahar

Berita mengenai BlackBerry (BB) Ghost telah didengari sejak awal tahun. Ura-ura ini kemudian berterusan dengan maklumat mengatakan ia akan dijana dengan Snapdragon 845 dan juga mempunyai bateri sebesar 4000 mAh. Hanya lebih kurang dua minggu lepas, nama sebenar BB Ghost ini telah tertiris – iaitu BlackBerry Evolve dan Evolve X. Akhirnya, selepas lama penantian – peranti ini akan dilancarkan di India bermula 2 Ogos kelak.

Ia dilancarkan oleh syarikat telekomunikasi di India – Optiemus. Serta satu poster jemputan turut kelihatan. Peranti ini mungkin akan bawakan sistem sekuriti yang lebih baik. Di mana sistem sekuriti ini mula popular pada BB DTEK60.

Jika anda adalah peminat peranti BB tetapi tidak gemar akan papan kekunci fizikal seakan BB Key2 – sama-sama kita nantikan BB Evolve dan Evolve X ini tidak lama lagi.

Komen