Cari @ Amanz

Xiaomi BlackShark ialah antara peranti untuk permua terawal dilancarkan selepas Razer Phone menjadi pencetus fenomena ini. Laman rasmi Black Shark telah dikemaskini dan memberikan petunjuk ia akhirnya bersedia untuk dilancarkan dalam masa terdekat ke pasaran global.

BlackShark 2BlackShark dilancarkan pada April tahun ini dan hanya ditawarkan di China. Tetapi pada September yang lalu, Black Shark 2 telah memasuki pangkalan data TENAA dengan pemproses baharu Snapdragon 845, 8GB RAM dan susunan kamera yang berbeza. Maka besar kemungkinan Black Shark 2 akan dilancarkan dalam masa terdekat ke pasaran utama dunia. Dengan spesifikasi lebih tinggi, ia lebih mampu bersaing dengan Asus ROG Phone, Honor Play dan Razer Phone 2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd