Laporan mengenai iPhone SE 2 telah didengari sejak 2 tahun lepas lagi. Peranti ini dikatakan akan tidak akan mempunyai port bicu audio, menyokong pengecasan nirwayar, skrin bertakuk untuk FaceID, dan panel belakang yang diperbuat daripada kaca. Sayang sekali, pembangun peranti ini dilaporkan telah dihentikan untuk pelancaran tahun 2018.
Kemudian iPhone XR muncul, yang mana dikatakan adalah pengganti iPhone SE kerana harganya lebih murah berbanding iPhone lain. Tetapi tidak, harga iPhone SE adalah jauh lebih murah iaitu sekitar $400 dan iPhone XR adalah sekitar $700. Terkini, laporan daripada Nikkei memberitahu yang iPhone SE generasi baru akan dilancarkan pada tahun 2020. Tetapi rekaannya bukan seperti iPhone SE, rekaannya adalah mirip iPhone 8. Cuma harganya sahaja akan mirip iPhone SE.
Saiz skrin dilaporkan adalah 4.7-inci dan menggunakan panel LCD. Dalaman dikatakan adalah cip A13, cuma yang tidak pasti adalah sistem sekuriti. Sama ada FaceID atau TouchID masih tidak diketahui lagi. Tetapi jika benar iPhone SE baharu akan wujud tahun hadapan, akhirnya kita akan kembali melihat sebuah iPhone yang dijual pada harga sekitar RM2000.