Cari @ Amanz

Nampaknya OnePlus turut akan hadir dengan OnePlus 8T Pro. Walaupun sebelum ini ada berita menyatakan yang mereka mungkin hanya akan fokus kepada OnePlus 8T – tetapi laman web mereka mencadangkan sesuatu yang berbeza. Menurut peniris terkenal Evan Blass – OnePlus telah menyediakan lima URL khusus untuk bantuan penggunaan lima peranti berbeza.

Peranti pertama adalah OnePlus 8T, kedua adalah OnePlus 8T Pro, ketiga adalah OnePlus Nord N100, keempat pula adalah OnePlus Nord N105g dan akhir sekali adalah SS9805 yang tidak diketahui produk apakah ia. OnePlus 8T dilihat mungkin mengekalkan Snapdragon 865 biasa, kamera 48MP dan skrin yang rata. Jadi, berita mengenai peranti OnePlus dengan skrin 120Hz, Snapdragon 865+ dan kamera 64MP mungkin adalah untuk OnePlus 8T Pro.

Dua lagi peranti Nord ini mungkin adalah OnePlus Clover dan Lemonade yang kami laporkan sebelum ini, iaitu peranti kelas permulaan dan kelas pertengahan OnePlus baharu. Evan Blass turut menyatakan model 5G ini akan dijual pada harga mahal – mungkin mirip OnePlus Nord. Manakala SS9805 ini mungkin adalah untuk OnePlus Watch. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd