Cari @ Amanz

OPPO Reno5 Pro+ 5G adalah peranti premium Oppo dalam siri Reno tahun ini. Ia dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, menggunakan kamera 50MP dengan sensor Sony IMX766, serta dijual pada harga bermula RMB3999 – iaitu sekitar RM2500.

Sebelum ini, OPPO Reno5 Pro+ 5G dilaporkan akan hadir dengan panel belakang yang boleh berubah warna, di mana ia menggunakan kaca elektrokromik. Kaca ini dikira sebagai perkakasan dan warna panel belakang boleh berubah warna. Oppo menawarkan “satu” warna sahaja, iaitu biru atau mungkin kelabu. Corak di panel ini kemudian menggunakan rekaan lakaran, di m

Kitaran perubahan warna ini dikatakan boleh bertahan selama 30,000 kali pertukaran. Di China ia dijual pada harga RMB4,499 dengan memori 12/256 GB. Harga ini jauh lebih mahal, iaitu sekitar RM2800.

Vivo adalah antara terawal memperlihatkan teknologi ini, diikuti dengan OnePlus Concept One yang menggunakan teknologi ini untuk menyembunyikan kamera dan kemudian OnePlus 8T yang boleh berubah corak. Tahun ini kami ramalkan akan menjadi tahun di mana syarikat China hadir dengan lebih banyak peranti seperti ini. Sama-sama kita nantikan untuk lihat peranti manakah yang tiba ke pasaran tempatan. Adakah anda akan membeli?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd