Carian
Nubia Red Magic 6 Akan Mempunyai Sistem Penyejukan Baharu Dengan Rekaan Kipas Lebih Hebat
February 10, 2021 Fahim Zahar

Nubia Red Magic 6 akan dilancarkan tidak lama lagi. Ia adalah pengganti kepada Nubia Red Magic 5s yang dilancarkan pada tahun lepas. Red Magic memfokuskan kepada permua, di mana bersaing dengan Asus ROG Phone dan Black Shark.

Peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 888, mungkin akan ada variasi dengan panel belakang kaca elektrokromik, mempunyai kapasiti bateri 4,500mAH dengan sokongan pengecasan pantas 120W dan menggunakan pengecas GaN. Nubia Red Magic sedia terkenal dengan harga jualan yang mampu milik. Mereka dilaporkan akan hadir dengan edisi Tencent seperti Asus ROG Phone, di mana berkemungkinan besar adalah variasi yang paling murah dengan tetapan memori paling rendah. Mungkin 8/128 GB atau 8/256 GB?

Antara keunikan lain pada peranti Nubia Red Magic adalah, mereka menggunakan sistem penyejukan yang luar biasa. Kebanyakan pengeluar menggunakan sistem penyejukan cecair, tetapi Nubia turut menyertakan kipas fizikal seperti dalam komputer riba. Terkini, untuk Red Magic 6 – ia akan mempunyai sistem kipas serba baharu. Tidak begitu jelas, mungkin jumlah bilah pada kipas?

Kemudian peranti ini turut akan mempunyai sistem penyejukan cecair serba baharu untuk menjadikan pengalaman penggunaan sentiasa sejuk dan tidak akan berlaku sebarang masalah pemanasan. Masih tiada tarikh pelancaran lagi, memandangkan Red Magic 5s pun baru sahaja dijual di Malaysia – mungkin Red Magic 6 akan tiba lebih lewat. Sama-sama kita nantikan.

Komen