Ciri Kamera Siri Google Pixel 6 Didedahkan – Flash Di Hadapan, Zum 7x, Sistem Telefoto “ultratele” Dan Skrin 2K

Diterbitkan pada July 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Pixel 6 adalah peranti yang ramai nanti-nantikan. Ini kerana ia akan dijana dengan cip tersendiri Google dengan kerjasama Samsung. Kedua adalah ia mungkin akan menggunakan rekaan yang sangat unik, kelihatan mewah dan bergaya, ketiga ia dikhabarkan akan mempunyai sokongan kemaskini sehingga lima tahun seperti iPhone.

Lokasi lubang kamera Pixel 5, Pixel 6 & Pixel 6 XL

Melalui 9to5Google, skrin pada Pixel 6 dikatakan adalah 1080p dan Pixel 6 XL pula adalah 1440p. Pixel 6 XL akan mempunyai saiz lubang skrin yang lebih besar kerana sensor kamera yang berbeza. Pixel 6 dilaporkan tidak menyokong rakaman video 4K dan terhad kepada Pixel 6 XL sahaja. Tidak pasti kedua-dua model atau salah satu sahaja, LED Flash untuk kamera swafoto akan disediakan seakan Vivo V21.

Google Pixel 6

Siri Pixel 6 juga akan menyokong zum 7x pada video dengan rakaman 60fps. Selain itu turut akan menyokong zum telefoto 5x, dan zum digital Super Res Zoom akan dimatikan kerana sudah menggunakan sistem kamera ultratele.

Google biasanya akan mengadakan acara Made by Google pada hujung tahun, sekitar Oktober. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi yang hanya akan tiba tiga bulan sahaja lagi (mungkin).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami