Siri Honor Magic3 akan dilancarkan pada 12 Ogos akan datang. Disebabkan ia adalah lebih baharu daripada siri Honor 50, ia mungkin akan hadir dengan sokongan GMS juga. Apabila bercakap mengenai siri sesebuah peranti, pasti akan ada banyak model. Terkini menurut @RODENT950, telah mendedahkan yang Honor mungkin akan memperkenalkan empat peranti pada acara pelancaran kelak.

Peranti ini adalah Honor Magic3 Pro+, Magic3 Pro, Magic3 dan juga Magic3 SE. Magic 3 dan Magic 3SE dikatakan adalah mirip Mate 40 Pro dan Mate 40. Walau bagaimanapun kedua-dua Pro masih tidak pasti lagi. Rekaan Honor Magic3 yang tertiris baru-baru ini memperlihatkan rekaan panel belakang yang cukup unik. Sensor kuad-kamera disusun menegak, memberi petanda mungkin akan ada gimbal, dan dikatakan akan ada sensor 48MP Matrix Camera dengan sokongan zum 100x.

Mungkin yang akan dijana cip Snapdragon 888+, Snapdragon 888 atau jika ada MediaTek Dimensity berkuasa – ia akan terhad pada ketiga-tiga Magic3. Manakala Magic 3 SE mungkin dengan cip kelas pertengahan. Dengan pelancaran siri Magic3 ini, tiada sebarang petunjuk yang Honor akan memperkenalkan Magic Fold dan Magic Flip mereka. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.