OnePlus mula menjadi jenama telefon pintar biasa sejak tahun lepas, selepas mula memperkenalkan siri Nord. Siri Nord ini adalah siri peranti kelas pertengahan premium, manakala Nord N adalah kelas pertengahan mampu milik. OnePlus ingin menawarkan pelbagai pilihan peranti pada pelbagai harga untuk membolehkan semua golongan pengguna dapat menikmati Oxygen OS.
Tahun lepas kita sudah ada Nord, Nord N10, Nord N100 dan tahun ini pula kita sudah ada Nord CE, Nord 2 dan Nord N200 5G. Bersama-sama dengan pengumuman OnePlus 9 RT akan dilancarkan pada bulan Oktober kelak, OnePlus dikatakan akan memperkenalkan dua lagi peranti Nord N sebelum tahun ini berakhir.
Salah satu daripadanya mungkin adalah Nord N20, yang mana Nord 10 bakal tamat tempoh bulan September dengan kemaskini terakhir Android 11. Model lagi satu masih menjadi misteri dan turut tidak pasti sama ada di negara manakah peranti ini akan dipasarkan. Setakat ini Nord N eksklusif di Amerika Syarikat Utara dan beberapa model terpilh dijual di pasaran tempatan.
Sama-sama kita nantikan.