Cari @ Amanz

Seperti yang diketahui ramai, Garmin Malaysia baru sahaja melancarkan beberapa model baharu untuk rangkaian peranti-boleh pakai mereka. Ini termasuklah, Garmin Venu 2 Plus, Garmin Vivomove Sport, siri Garmin Fenix 7 dan Garmin Epix Gen 2. Tidak ketinggalan, mereka juga telah hadir dengan pelitup muka tersendiri dengan kerjasama dengan Jovian yang merupakan jenama terkemuka dalam industri fesyen tempatan.

Terkini, Garmin Malaysia nampaknya mempunyai perancangan untuk hadir dengan penawaran produk baharu lagi. Buat masa ini, mereka masih belum berkongsi mengenainya secara terbuka. Namun melihat pada perkongsian beberapa imej acah di laman Facebook rasmi, produk berkenaan adalah berupa seutas jam tangan pintar. Pada masa sama, Garmin turut berkongsi tarikh pelancaran untuknya yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan iaitu 16 Mac 2022. Setakat yang diketahui, siri Garmin Instint 2 juga adalah antara produk terkini mereka yang baru sahaja dilancarkan sekitar Februari yang lepas.

Adakah terdapat kemungkinan untuk model berkenaan ditawarkan untuk pasaran tempatan kelak?Bagi melihat, apakah sebenarnya yang bakal ditawarkan oleh Garmin untuk kali ini. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya kelak. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd