Cari @ Amanz

OnePlus telah pun melancarkan OnePlus 10 Pro secara global baru-baru ini selepas berbulan lamanya menjadi eksklusif untuk pasaran China. OnePlus dikatakan akan melancarkan satu peranti setiap bulan sepanjang tahun ini dan dalam bulan ini mereka dilihat akan melancarkan dua lagi peranti bersama dengan satu TWS baharu.

Antara peranti ini adalah OnePlus 10R yang mungkin adalah Realme GT Neo3 sahaja, Nord N20 juga boleh jadi atau juga Nord 2T. OnePlus 10 dengan cip MediaTek masih tidak diketahui lagi bagaimana perancangan mereka, yang mana peranti ini mungkin adalah Oppo Reno8. Untuk TWS pula, OnePlus Nord Buds mungkin akan diperkenalkan.

OnePlus mengumumkan yang mereka akan mengadakan acara pelancaran pada 28 April, 7 PM. Dalam poster acah mereka ini ada lakaran visual untuk dua telefon pintar dan juga TWS. Jelas dari lakaran ini adalah untuk siri Nord kerana telefon pintar lihat sama dengan imej pengolokan yang tertiris serta TWS juga sama dengan apa yang telah peniris dedahkan sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd