Semalam kami menyenaraikan Peranti Terbaik Raya 2022 yang dijual pada harga bawah RM1110 sebuah. Pada tetapan harga ini ada beberapa kekurangan pada peranti ditolak ke tepi kerana kekangan harga. Hari ini kami senaraikan pula Peranti Terbaik Raya 2022 dalam kategori kelas pertengahan premium.
Dalam kelas ini, peranti yang lebih berkuasa tetapi tidak begitu merobek akaun bank akan kami sarankan kepada pembaca sekalian. Kriteria pemilihan peranti telah senaraikan di bawah. Tetapi sebelum itu ingin kami nyatakan Peranti Terbaik Raya 2022 dibawakan oleh Celcom.

Jika anda menginginkan telefon pintar 5G, anda boleh dapatkannya secara percuma melalui pelan pascabayar Celcom MEGA Family. Melalui pelan ini anda boleh berjimat sehingga RM1999 jika melanggannya bersama berkas peranti (device bundle).
Memandangkan pelannya adalah pelan untuk keluarga, anda boleh dapatkan 2 sehingga 6 talian dan seterusnya membolehkan anda menikmati potongan harga sehingga 50% untuk setiap talian selama 6 bulan. Selain itu, anda boleh menikmati akses hiburan percuma daripada laman penstriman seperti Viu dan iQiyi. Anda juga hanya perlu bayar RM21 sahaja setiap bulan untuk dapatkan Internet rumah tanpa had jika anda padankan pelan Celcom MEGA Family ini bersama Celcom Home Fibre.
Kriteria Pemilihan
- Tiada batasan harga dan peranti dinilai berdasarkan ciri-ciri yang disertakan.
- Skrin sebesar 6-inci dan ke atas.
- Prestasi yang baik dengan cip kelas pertengahan.
- Ciri tambahan untuk memberikan nilai yang lebih baik.
- Kemampuan kamera yang baik.
- Menggunakan Android 12
- Telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Tempat Ketiga – Redmi Note 11 Pro+ 5G

Redmi gigih melancarkan pelbagai model untuk siri Redmi Note 11. Ini membuatkan pengguna keliru dengan model manakah yang paling berbaloi dari enam model yang ditawarkan di Malaysia. Jawapan kami kepada soalan ini ialah Redmi Note 11 Pro+ 5G.
Ini adalah model paling berkuasa dengan cip Dimensity 920. Ya ini bukan jenaka tetapi Dimensity 920 ialah cip yang berkuasa jika dibandingkan dengan pesaing terdekatnya Snapdragon 695 dan Exynos 1280. Peranti turut hadir dengan skrin AMOLED 120Hz, speaker stereo, bicu audio, pengecasan pantas 120W dan kalis percikan air yang jarang ditemukan pada peranti dalam kelas ini.
Spesifikasi: 6.67” AMOLED FHD+ 120Hz, Dimensity 920 6nm (2X Cortex-A78 2.5 GHz + 6X Cortex-A55 2.0 GHz), 8GB RAM, storan sehingga 256GB, 108+8+2 MP (Utama), 16MP (Swafoto), 4500 mAh (129W), Android 12.
Harga: Bermula RM1499 (8/128GB)
Tempat Kedua – Realme 9 Pro+

Tempat kedua ialah Realme 9 Pro+ kerana walaupun peranti mempunyai banyak persamaan dengan Redmi Note 11 Pro+ 5G, ia mempunyai kelebihan pada kemampuan kamera. Kamera utama sebenar 50MP hadir dengan sokongan OIS yang kerap kali kami tekankan perlu untuk prestasi fotografi yang lebih baik terutamanya ketiga menggunakan mod malam.
Realme 9 Pro+ turut hadir dengan skrin SAMOLED 90Hz, cip Dimensity 920, pengimbas cap jari bawah skrin, speaker stereo dan bicu audio 3.5mm. Memang tiada kemampuan kalis air tetapi kami meletakkan kepentingan lebih tinggi pada kemampuan fotografi dan Realme 9 Pro+ langsung tidak mengecewakan dalam ulasan yang telah diterbitkan. Seperkara lagi peranti ini turut hadir dengan ciri panel belakang yang berubah warna apabila terkena cahaya matahari.
Spesifikasi: 6.4” SAMOLED FHD+ 90Hz, MediaTek Dimensity 920 6nm (2X Cortex-A78 2.5 GHz + 6X Cortex-A55 2.0 GHz), 8GB RAM, storan 256GB, 50+8+2MP (Utama), 16MP (Swafoto), 4500 mAh (60W), Android 12.
Harga: RM1599 (8/256GB)
Juara – Samsung Galaxy A73 5G

Juara kategori ini ialah Samsung Galaxy A73 5G kerana ia menawarkan rekaan yang paling menarik dengan pemproses berkuasa Snapdragon 778G yang mantap. Peranti juga mempunyai kemampuan kalis air IP67 yang tidak merisaukan jika air sirap tertumpah ketika beraya, bateri 5000 mAh yang boleh bertahan seharian dan skrin besar 120Hz.
Kekuatan sebenar Galaxy A73 ialah sokongan kemas kini empat versi Android dan tampalan sekuriti selama lima tahun yang terbaik dalam industri. Tiada pengeluar selain Samsung yang menawarkan sokongan jangka panjang pada peranti Android keluaran mereka. Memang harga RM2099 agak mahal tetapi untuk sebuah peranti yang hampir tiada kompromi, Samsung Galaxy A73 ialah yang terbaik dalam kategori kelas pertengahan premium.
Spesifikasi: 6.7” SAMOLED FHD+ 120Hz, Snapdragon 778G 6nm (1X Cortex-A78 2.4 GHz + 3X Cortex-A78 2.2 GHz + 4X Cortex-A55), 8GB RAM, storan sehingga 257GB, 108+12+5+5MP (Utama), 32MP (Swafoto), 5000 mAh (35W), Android 12.
Harga: RM2099 (8/256GB)
Artikel kali ini dibawakan oleh Celcom. Jika anda ingin memiliki telefon pintar 5G secara percuma, anda boleh melanggan pelan pascabayar Celcom Mega Family dan nikmati pelbagai tawaran menarik daripada mereka.
