Peranti Terbaik Raya 2022 – Peranti Mercu

Diterbitkan pada Apr 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita kini tiba ke bahagian akhir Peranti Terbaik Raya 2022 Amanz dan hari ini kami akan menyasarkan tiga peranti mercu yang kami rasakan paling berbaloi untuk dimiliki. Kategori ini adalah paling mudah kerana tiada kekangan harga dan hanya yang terbaik akan disarankan kepada pembaca sekalian.

Kriteria diletakkan di bawah dan kami akan memberitahu anda mengapa pemilihan dilakukan berbanding peranti lain di pasaran. Seperti tiga artikel Peranti Terbaik Raya 2022 yang diterbitkan sebelum ini, artikel hari ini juga dibawakan oleh Celcom.

Apabila bercakap berkenaan peranti mercu ini, kita sering dimomokkan dengan harga jualannya yang tinggi. Namun sebenarnya, anda juga boleh dapatkannya secara percuma melalui pelan pascabayar Celcom MEGA Family. Melaluiny, anda boleh dapatkan antara 2 hingga 6 talian, potongan harga sehingga 50% untuk setiap talian selama 6 bulan, dan boleh berjimat sehingga RM1999 jika melanggannya bersama berkas peranti (device bundle). Dengan pakej Ceria Raya pula, anda boleh dapatkan telefon 5G secara percuma daripada pilihan beberapa telefon dari OPPO, Samsung dan vivo.

Raya anda juga tidak bosan kerana boleh menikmati akses hiburan percuma daripada laman penstriman seperti Viu dan iQiyi secara percuma. Anda hanya perlu bayar RM21 sahaja setiap bulan untuk Internet rumah tanpa had jika anda padankan pelan Celcom MEGA Family ini bersama Celcom Home Fibre.


Kriteria Pemilihan

  • Tiada batasan harga.
  • Spesifikasi yang terbaik sahaja dengan ciri mercu tambahan.
  • Menggunakan versi sistem operasi yang paling terkini.
  • Sokongan perisian yang baik.
  • Kemampuan fotografi yang terbaik dalam kelas.
  • Telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Tempat Ketiga – Xiaomi 12 Pro

Xiaomi 12 Pro ialah model paling mercu dalam keluarga Xiaomi 12 yang ditawarkan di Malaysia. Seperti Xiaomi 12 yang kami sarankan dalam kategori Peranti Nilai Terbaik semalam, Xiaomi 12 Pro mempunyai spesifikasi yang hampir sama cuma hadir dengan sistem kamera yang dipertingkatkan dan skrin lebih besar.

Kami sarankan pembelian Xiaomi 12 Pro kerana ia dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1 yang adalah terbaik untuk peranti Android setakat ini. Skrinnya cukup cantik lengkap dengan panel OLED 120Hz dan Dolby Vision. Kemampuan kameranya juga amat memuaskan. Ia hanya di tempat ketiga kerana tidak mempunyai sebarang piawaian kalis air secara rasmi.

Spesifikasi: 6.73″ OLED QHD+ Dolby Vision, Snapdragon 8 Gen 1 4nm (1X Cortex-X2 3.0 GHz + 3X Cortex-A710 2.5 GHz + 4X Cortex-A510 1.8GHz), memori 12GB RAM, storan 256GB, 50+50+50MP (Utama), 32MP (Swafoto), 4600 mAh (67W), Android 12.

Harga: RM3899 (12/256G)


Tempat Kedua – Samsung Galaxy S22 Ultra

Samsung Galaxy S22 Ultra ialah peranti terbaik ditawarkan oleh Samsung di pasaran Malaysia sekarang. Paling berkuasa, paling lengkap dan paling kurang kompromi jika dibandingkan dengan peranti lain dari keluarga Galaxy S22. Walaupun menggunakan nama Galaxy S, Galaxy S22 Ultra sebenarnya ialah sebuah Galaxy Note kerana dilengkapi S Pen terbina.

Namun begitu ia adalah sebuah peranti hibrid Galaxy Note dan Galaxy S. Skrin berbentuk kotak Note dipadankan dengan sistem kuad-kamera siri Galaxy S yang menyokong zum sehingga 100X, S Note bluetooth dengan tempat simpanan dalam peranti, kalis air IP68 dan bateri 5000 mAh yang besar. Oleh sebab itulah “SNOTE22” diletakkan di tempat kedua.

Spesifikasi: 6.8” Dynamic AMOLED QHD+ 120Hz, HDR10+, Snapdragon 8 Gen 1 4nm (1X Cortex-X2 3.0 GHz + 3X Cortex-A710 2.5 GHz + 4X Cortex-A510 1.8GHz), memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB, 108+12+10+10MP (Utama), 40MP (Swafoto), 5000 mAh (67W), Android 12.

Harga: Bermula RM5099 (8/128GB)


Juara – Apple iPhone 13 Pro Max

Juara segala Peranti Terbaik Raya 2022 ialah Apple iPhone 13 Pro Max. Ianya profesional dengan spesifikasi maksimum. Mulakan dengan rekaan premium yang amat sedap di dalam tangan. Dipadankan pula dengan pemproses Apple A15 Bionic yang adalah yang terbaik untuk telefon pintar pada waktu ini.

Tetapi yang membuatkan iPhone 13 Pro Max peranti terbaik ialah prestasi mengambil video yang terbaik pada telefon pintar pernah kami lihat. Kami tahu di Hari Raya ramai ingin merakam memori indah. Untuk kualiti terbaik iPhone 13 Pro Max ialah peranti untuk anda.

Akhir sekali ialah ketahanan bateri yang masih jauh di hadapan apa yang mampu ditawarkan oleh peranti terbaik Android sekalipun. Ketahanan sepanjang hari ialah normal dan sehingga dua hari boleh dinikmati jika pengguna lebih konservatif. iPhone 13 Pro Max ialah pilihan terbaik kami untuk Peranti Terbaik Raya 2022.

Spesifikasi: 6.7” OLED Super Retina XDR 120Hz, Dolby Vision, Apple A15 Bionic 5nm (2X Avalanche 3.23 GHz + 4X Blizzard 1.82 GHz), memori 6GB RAM, storan sehingga 1TB, 12+12+12MP (Utama), 12MP (Swafoto), 4352 mAh (27W), iOS 15.4.1.

Harga: Bermula RM5299 (6/128GB)


Artikel kali ini dibawakan oleh Celcom. Jika anda ingin memiliki peranti dengan sokongan 5G secara percuma, boleh melanggan pelan pascabayar Celcom Mega Family dan nikmati pelbagai tawaran menarik daripada mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami