Selamat datang ke bahagian ketiga Peranti Terbaik Raya Amanz 2022. Sebelum ini dua artikel telah diterbitkan dengan pautannya boleh dilihat di bawah. Hari ini kami senaraikan pula Peranti Terbaik Raya 2022 dalam ketegori nilai terbaik.
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai terbaik? Pada hemat kami ialah peranti yang dijual pada harga yang menarik tetap dengan nilai tambahan yang membuatkannya amat berbaloi sehingga anda sanggup melelong ginjal untuk memilikinya. Tetapi sebelum itu ingin kami nyatakan Peranti Terbaik Raya 2022 dibawakan oleh Celcom.

Segmen Telefon Pintar Terbaik Raya tahun ini akan dibawakan oleh Celcom. Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar yang mampu milik tetapi inginkan prestasi yang mencukupi untuk kegunaan seharian, Celcom ada cara untuk dapatkannya dengan tawaran pulangan yang lebih baik.
Dengan melanggan pelan Celcom Xpax Postpaid, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A03 pada harga hanya RM199 sahaja tanpa sebarang caj pendahuluan melalui langganan 12 bulan. Selain kredit RM100 di kad TNG yang akan diberikan kepada anda, terdapat juga pelbagai kelebihan lain yang boleh anda nikmati daripada langganan pelan ini. Jadi, langgan pelan Celcom Xpax Postpaid sekarang sementara stok masih ada.
Kriteria Pemilihan
- Harga yang berbaloi berbanding ciri-ciri yang diberikan.
- Skrin sebesar 6-inci dan ke atas.
- Prestasi yang baik dengan cip tidak mengira kelas.
- Ciri-ciri tambahan yang meningkatkan nilai.
- Menggunakan Android 12
- Telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Tempat Ketiga – Samsung Galaxy A52s 5G

Tahun lalu Samsung Galaxy A52s 5G kami masukkan dalam senarai peranti kelas pertengahan premium terbaik. Ia adalah antara peranti yang cukup lengkap kerana dilengkapi skrin HDR, Snapdragon 778G, bicu audio 3.5mm, kalis air, mempunyai slot kad SD dan audio stereo. Kami senaraikan semula Galaxy A52s 5G dalam kategori nilai terbaik kerana ia masih lagi antara memberikan nilai yang baik.
Samsung Galaxy A52s 5G kini boleh dibeli pada harga serendah RM1499 berbanding harga asal RM1899. Nilai tambahan lain peranti ini ialah menambah RAM secara maya menggunakan RAM Plus dan menerima sokongan kemas kini sistem operasi sehingga 3 tahun seperti peranti mercu Samsung yang lain. Kami merasakan A52 5G adalah peranti yang lebih berbaloi berbanding A53 kerana masih terdapat bicu audio dan pengecas disertakan sekali dengan setiap pembelian.
Spesifikasi: 6.5” SAMOLED FHD+ 120Hz, Snapdragon 778G 6nm (1X Kryo 670 Prime 2.4 GHz + 3X Kryo 670 Gold 2.2 GHz + 4X Kryo 670 Silver 1.9GHz), 8GB RAM, storan 256GB, 64+12+5+5 MP (Utama), 32 MP (Swafoto), 4500 mAh (25W), Android 11.
Harga: RM1899 (8/256G)
Tempat Kedua – Xiaomi 12

Mahukan peranti kelas mercu tetapi tanpa merobekkan dompet? Xiaomi 12 kami sarankan kerana dilengkapi skrin OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, kamera yang baik, bateri yang besar, speaker stereo dan mempunyai sokongan pengecasan yang pantas
Yang membuatkannya berbaloi berbanding peranti lain dalam kelas yang sama ialah sokongan Dolby Vision. Ciri ini jarang sekali dilihat pada peranti Android. Bagi mereka yang melanggan Disney+ Hotstar dan Netflix, kandungan dapat ditonton dalam mod HDR yang paling cantik pada skrin Xiaomi 12. Xiaomi 12 ialah pilihan menarik bagi mereka yang tidak mahukan ciri tambahan yang membuatkan Xiaomi 12 Pro jauh lebih mahal.
Spesifikasi: 6.28” OLED FHD+ 120Hz, Dolby Vision, Snapdragon 8 Gen 1 4nm (1X Cortex-X2 3.0 GHz + 3X Cortex-A710 2.5 GHz + 4X Cortex-A510 1.8GHz), 8GB RAM, storan sehingga 256GB, 50+13+5MP (Utama), 32MP (Swafoto), 4500 mAh (67W), Android 12.
Harga: Bermula RM2899 (8/128GB)
Juara – Poco F4 GT

Peranti dengan nilai terbaik untuk Hari Raya tahun ini ialah Poco F4 GT. Peranti baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lalu dan merupakan telefon Snapdragon 8 Gen 1 paling mampu milik di pasaran sekarang.
Ia sebuah peranti gaming lengkap dengan dua butang bahu yang boleh digunakan pada pelbagai permua popular khususnya seperti PUBG Mobile. Peranti ini juga mempunyai sistem kuad speaker yang lantang. Sempena tempoh promosi ini, Poco F4 GT ditawarkan pada harga bermula RM1999 yang membuatkannya semakin berbaloi untuk dibeli sebelum Hari Raya ini.
Spesifikasi: 6.67” AMOLED FHD+ 120Hz, Dolby Vision, Snapdragon 8 Gen 1 4nm (1X Cortex-X2 3.0 GHz + 3X Cortex-A710 2.5 GHz + 4X Cortex-A510 1.8GHz), sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB, 64+8+2MP (Utama), 20MP (Swafoto), 4700 mAh (120W), Android 12.
Harga: RM2299 (8/128GB)
Artikel kali ini dibawakan oleh Celcom. Untuk dapatkan telefon pintar yang anda inginkan pada harga yang lebih mampu milik, boleh layari laman rasmi Celcom untuk maklumat lanjut dan segala penawaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
