Cari @ Amanz

Nothing Phone (1) Hanya Dijual Kepada Mereka Yang Ada Jemputan – Seperti OnePlus One Dahulu

Link Copied!

Bagi yang mengikuti perkembangan OnePlus, telefon pintar pertama mereka iaitu OnePlus One pada awal pelancaran tidak boleh dibeli begitu sahaja. Mereka yang berminat perlu mempunyai jemputan untuk membeli atau menyertai pertandingan seperti memecahkan telefon lama dan dapatkan OnePlus One. Perkara ini diteruskan sehingga OnePlus Two dan ia tidak digemari oleh penggemar teknologi.

Terkini, Carl Pei dilihat akan melakukan perkara yang sama dengan Nothing Phone (1). Di mana hanya peminat yang dijemput sahaja akan dapat membelinya terlebih dahulu dan penjualan tidak akan dibuka kepada semua.

Antara sebab perkara ini dilakukan adalah Nothing tidak mempunyai kemampuan untuk menghasilkan jutaan peranti serentak dan terus menjualnya. Mereka hanya ada pilihan sama ada kumpul tempahan dan tunggu semua peranti siap atau jemput kepada yang layak untuk dapatkannya terlebih dahulu. Carl Pei ingin semua yang minta cuba peranti ini awal, jadi kaedah jemputan dilakukan.

Semasa mereka menjual Nothing Ear (1), mereka tidak lakukan jemputan dan ia laris dijual pada setiap minggu sehingga ada masalah stok untuk memproses tempahan pembeli. Untuk elakkan perkara sama berlaku, jemputan adalah kaedah paling efisien.

Spesifikasi peranti ini masih misteri, tidak banyak yang kita tahu selain daripada rekaan, perisian dan sistem LED yang gempak. Peranti ini jelas sekali mempunyai permintaan tinggi, sehinggakan permintaan untuk miliki peranti ini melalui lelongan di StockX mencapai belasan ribu Ringgit.


Komen ()