Nothing Ear (Stick) Akan Dilancarkan Pada 26 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing ear (stick) telah pun diacah secara rasmi beberapa minggu lalu. Ia adalah TWS baharu Nothing yang dilihat hadir dengan rekaan pod pengecasan silinder yang dikatakan inspirasi daripada gincu.

Pod pengecasan ini dilihat perlu diputar terlebih dahulu untuk mengeluarkan fon telinga. Fon telinga dikatakan masih sama dengan Nothing ear (1), tetapi bateri mungkin sedikit berbeza.

Nothing kini mengumumkan yang Ear (stick) akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober akan datang, 10 malam waktu Malaysia.

Pelancaran di Malaysia juga mungkin berdekatan kerana ia sudah pun tersenarai di SIRIM. Sama-sama kita nantikan spesifikasi penuh dan harga jualan tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami