Pelan Spotify HiFi Mungkin Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat – Sekitar RM90 Sebulan?

Diterbitkan pada Okt 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita sudah dengar Spotify ingin hadir dengan penawaran penstriman audio nirwayar sejak tahun 2017 lagi. Kemudian tahun 2021, mereka mengesahkan nama pelan ini adalah Spotify HiFi, dan beberapa pengguna iOS mula melihat ikon HiFi pada akaun Spotify mereka. Pelancaran pelan audio nirhilang Spotify ini kemudian dilaporkan akan ditunda ke tahun 2022 dan berubah ke tarikh yang tidak diketahui lagi.

Kini akhirnya, pelan Spotify HiFi ini sudah semakin tiba. 9to5Mac melaporkan yang ada pengguna ingin menghentikan langganan Spotify selepas 10 tahun melanggannya untuk ubah ke Apple Music, tetapi dijemput untuk kembali ke Spotify selepas 30 hari dengan menyenaraikan beberapa pelan langganan baharu iaitu Platinum.

Pelan Platinum ini dilihat berharga $19.99 sebulan untuk individu iaitu sekitar RM94.25. Berikut adalah apa yang pelan ini tawarkan;

  • HiFi
  • Studio Sound
  • Headphone Tuner
  • Audio Insights
  • Library Pro
  • Playlist Pro
  • Limited-ad Spotify podcasts

Pelan ini bukan sekadar menawarkan audio berkualiti tinggi, tetapi turut menyertakan fungsi menala set fon kepala, memberi ciri audio tahap Studio, menawarkan maklumat mengenai audio, terdapat senarai main dan pustaka audio Pro serta podsiar dengan iklan yang terhad. Jika dibandingkan dengan Apple Music yang hanya RM14.90 atau Tidal HiFi Plus yang lebih berpengalaman dalam audio berkualiti tinggi pada harga RM29.80 – penawaran Spotify ini agak mahal.

Tetapi selepas sekian lama, mungkin ini sesuai untuk pelanggan setia Spotify? Adalah anda akan melanggannya jika ditawarkan di Malaysia nanti?

komen


© Amanz / 2022 Kami