Beberapa Pengguna Realme GT 2 Pro Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 13

Diterbitkan pada Nov 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme dilihat sudah mula mengedarkan kemaskini stabil Android 13 kepada pengguna mereka di Malaysia. Kemaskini ini dilihat masih lagi menggunakan Reame UI 3.0 dan bukan yang lebih baharu. Ia juga hadir dengan tampalan sekuriti Oktober 2022 dan mempunyai saiz muat turun lebih 5GB.

Dalam semakan kami, pengguna di Malaysia yang menerima kemaskini ini adalah mereka yang menggunakan Realme GT 2 Pro. Ujian beta Realme UI 3.0 berasaskan Android 13 sudah pun diuji sejak Ogos lalu dan versi stabil hanya diedarkan sejak minggu lepas secara berperingkat.

Jika Realme mengikut jadual, peranti seterusnya yang akan menerima kemaskini ini adalah GT Neo 3, GT 2 dan GT Neo 2. Beberapa peranti Realme 9 turut di dalam jadual termasuk dengan siri Narzo. Realme UI 3.0 dengan Android 13 turut menggunakan rekaan baharu Aquamorphic yang sama dengan Color OS 13 dan Oxygen OS 13 pada peranti Oppo Find X5 Pro dan OnePlus 10 Pro/10T. Versi ini turut akan menawarkan Spotify pada Always-on Display, ciri sekuriti, kemampuan kustomasi lebih mendalam dan banyak lagi.

Akan datang, Realme turut akan menguji Realme UI 4.0 yang dilihat akan fokus kepada penggunaan widget serta mungkin dengan rekaan baharu yang lebih segar. Ujian Realme UI 4.0 akan dihadkan kepada pengguna Realme GT Neo 3, GT 2 Pro dan GT Neo 2 sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami