Samsung Dilaporkan Akan Menyertakan Sokongan Komunikasi Satelit Pada Galaxy S23

Diterbitkan pada Nov 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iPhone 14 Pro adalah telefon pintar kedua yang menyokong komunikasi satelit kecemasan, selepas Huawei Mate50 iaitu peranti pertama yang menyokong teknologi ini. Kemudian semakin banyak produk diperkenalkan oleh pelbagai pengeluar seperti Garmin inReach Messenger.

Huawei Mate Xs 2 turut akan menyokong ciri ini nanti. Terkini, Samsung dilaporkan turut akan memperkenalkan sokongan komunikasi menggunakan satelit untuk tujuan kecemasan melalui peranti Samsung Galaxy S23.

Sumber menyatakan Samsung akan bekerjasama dengan Iridium Communications untuk mengintegrasikan teknologi komunikasi satelit 66 orbit-rendah. Ciri ini akan menyokong penghantaran SMS dan juga imej resolusi rendah. Samsung Galaxy S23 dikatakan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, sistem kamera baharu, rekaan yang lebih moden dengan elemen daripada S22 Ultra serta akan menggunakan modem-RF untuk membolehkan komunikasi satelit ini.

Siri Samsung Galaxy S23 dijangka akan dilancarkan pada bulan Februari 2023 nanti.

komen


© Amanz / 2022 Kami