Cari @ Amanz

Sudah banyak laporan kami keluarkan mengenai iPhone 15. Misalnya iPhone 15 Pro akan mempunyai butang multi-fungsi, tiada lagi takuk Face ID, mungkin menggunakan USB-C, menyokong WiFi 6E serta menggunakan kamera dengan sensor Sony lebih baik.

iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max jelas sekali akan menggunakan kamera paling berkuasa dan disertakan dengan lebih banyak fungsi dan ciri menarik. Tetapi kini sekali lagi iPhone 15 dan iPhone 15 Plus dilaporkan mungkin akan menggunakan kamera utama dengan sensor 48MP.

Sensor kamera ini dikatakan akan menggunakan teknologi tiga sensor bertindan untuk menangkap lebih banyak cahaya dan memastikan kualiti imej lebih baik. Walaupun sumber menyatakan Apple akan kekal melancarkan dua iPhone ini pada September nanti jualan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus mungkin ditunda kerana masalah takat alah pada sensor yang bermasalah.

Ini bermakna Apple mungkin akan menjual iPhone 15 Pro terlebih dahulu sebelum orang ramai dapat membeli iPhone 15 yang lebih mampu milik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd