Cari @ Amanz

realme telah pun melancarkan siri realme 12 mereka minggu lepas. Ia merangkumi realme 12 Pro dan realme 12 Pro+. Peranti ini kali ini menerima sentuhan rekaan pereka Rolex, selepas tahun lepas bekerjasama dengan bekas pereka Gucci.

realme masih tidak berhenti dengan dua peranti ini, kerana terdapat satu lagi model yang diketahui akan dilancarkan di bawah siri ini. Peranti ini adalah realme 12+ dan ia sudah pun melepasi SIRIM. Peranti ini dikatakan akan menggunakan cip Dimensity 7050, iaitu cip yang sama pada realme 11 Pro+ dan Oppo reno11 5G. Cip ini sebenarnya adalah Dimensity 1080 yang diolah semula.

realme 12+ 5G mungkin menggunakan skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ dengan 120Hz, bateri 5000mAh dengan pengecasan 67W, kamera 50MP dan mungkin memori mencapai 16GB RAM serta storan 1TB. Sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd