Carian
Peranti AI Sam Altman Dan Johny Ive Tidak Akan Menyerupai Sebuah Telefon
April 8, 2024 Fahim Zahar

Peranti fizikal AI akan menjadi trend baharu tidak lama lagi. Banyak produk telah dilancarkan seperti Humane AI Pin, Rabbit R1 dan ada juga yang masih mengumpul dana seperti kaca mata AI “Frame”. Peranti fizikal AI boleh menjadi dua, satu adalah telefon pintar dengan AI dan satu lagi adalah bukan telefon tetapi gajet yang dikuasakan AI sepenuhnya.

Sam Altman dilaporkan sedang bekerjasama dengan Johny Ive untuk peranti fizikal AI ini. Malah, Altman turut dilaporkan mencari dana $7 bilion untuk membangunkan dan mengilangkan cip AI sendiri. Peranti ini dikatakan adalah “iPhone” untuk AI, bermakna ia adalah sebuah peranti premium. Maklumat terbaru menyatakan peranti ini tidak akan berfungsi dan berbentuk seakan sebuah telefon dan ia mungkin akan dikuasakan dengan ChatGPT.

Apakah peranti ini? Adakah ia akan menjadi pengganti telefon? Adakah ia merupakan peranti boleh pakai menggantikan jam tangan pintar? Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini.

Komen