Carian
SpaceX Akan Membina Kapal Tunda Untuk Melupuskan Stesen Angkasa Antarabangsa
June 28, 2024 Effi Saharudin

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akan berhenti beroperasi pada tahun 2030 dan dinyahoribit pada tahun 2031 bagi menamatkan operasi yang bermula sejak 1998. Kerana ia sebuah objek yang bersaiz besar, ia tidak boleh dibiarkan menjadi sampah angkasa lepas dan proses pelupusan perlu dilakukan bagi mengelakkan kerosakan kepada objek lain yang mengorbit bumi.

NASA telah menganugerahkan kontrak kepada SpaceX untuk membina Kenderaan Nyahorbit Amerika Syarikat (USDV) yang akan menjadi kapal tunda yang menarik ISS keluar daripada orbit dengan selamat. ISS kemudian akan kembali ke bumi dan terhempas di Point Nemo yang terletak di Lautan Pasifik. Tiada isu bahaya kepada penduduk bumi kerana Point Nemo terletak 2687 km dari kawasan berpenduduk.

Spesifikasi kapal tunda USDV ini masih lagi tidak diumumkan. Walaupun akan dibina oleh SpaceX, ia akan dimiliki sepenuhnya oleh NASA yang juga akan menjalan misinya pada tahun 2031 nanti,

China telahpun membina stesen angkasa Tianhe mereka sendiri dengan Rusia pula memulakan pembinaan stesen angkasa mereka pada tahun 2027. Sementara itu NASA akan bekerjasama dengan syarikat swasta Axiom Space untuk stesen angkasa mengorbit bumi dan stesen angkasa The Gateway pula dibina di antara bumi dan bulan untuk menyokong Misi Artemis.

Komen