Cari @ Amanz

Banyak perancangan 2020 terpaksa dibatalkan kerana pandemik dengan yang optimis kini ingin meneruskan apa yang tertunggak pada tahun 2021. Tahun lalu penganjur Sukan Olimpik 2020 menangguhkan acara sukan gemilang ini ke Julai 2021. Tetapi dengan gelombang ketiga pandemik merebak ke seluruh bumi, Sukan Olimpik 2020 (nama dikekalkan walaupun pada tahun 2021) dilaporkan akan dibatalkan terus.

Menurut laporan The Times, kerajaan Jepun dalam diam sudah bersedia untuk tidak meneruskan perancangan tahun ini. Sebaliknya mereka kini cuba melobi menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2032 pula. Sekiranya Jepun sah membatalkan temasya 2021, ia akan menjadi yang keempat dalam sejarah. Sukan Olimpik 1916, 1940 dan 1944 kesemuanya dibatalkan kerana meletusnya Perang Dunia.

Sukan Olimpik 2020 sepatutnya menjadi acara yang akan menunjukkan kemajuan teknologi Jepun seperti siaran pada resolusi 8K, teknologi kereta swapandu, kereta api halaju tinggi generasi baharu, kenderaan elektrik dan robot yang membantu atlet di perkampungan sukan. Kesemua pingat-pingat yang ditawarkan pula adalah menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula untuk menunjukkan Sukan Olimpik cakna mengenai pencemaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd