Imej Pengolokan Honor Magic Fold Tertiris

Diterbitkan pada Dis 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berita mengenai Honor akan mengeluarkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat kedengaran sejak tahun 2019. Selepas tahun ini kebangkitan mereka mula menyerlah, semakin banyak berita mengenai Honor Magic Flip dan Magic Fold kedengaran selepas khabar angin menyatakan peranti seperti ini mungkin adalah Magic X.

Peniris terkenal produk Honor/Huawei iaitu Rodent950 baru-baru ini telah mendedahkan imej pengolokan yang dikatakan adalah Honor Magic Fold 5G. Peranti ini dilihat menggunakan format rekaan mirip Samsung dan Xiaomi seperti Z Fold atau MIX Fold, iaitu lipat ke dalam dengan skrin kedua yang luas di luar.

Bezel skrin luar juga kelihatan nipis, dengan earpiece jelas kelihatan, butang kuasa dan butang aras suara di sisi serta panel belakang yang ada mirip Honor 60/Honor 50. Dua modul kamera besar berbentuk bulat dengan pelbagai sensor yang dimuatkan.

Peranti ini mungkin akan dikuasakan dengan cip Snapdragon terbaru, menjalankan Magic UI terkini dan versi global pasti akan ada GMS seperti peranti Honor lain di Malaysia. Bila ia akan dilancarkan masih tidak pasti. Mungkin Honor Magic Fold akan menjadi antara peranti mercu dengan skrin boleh-lipat yang akan dijual pada harga biasa? Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami