Digital Wellbeing Kini Boleh Mengesan Batuk Dan Dengkur Pengguna

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan Mei lalu, Google dilaporkan sedang membangunkan ciri mengesan batuk dan dengkur melalui telefon pintar. Ia adalah langkah Google memperluaskan lagi strategi mereka dalam teknologi kesihatan, seperti menggunakan kamera telefon untuk menjadi alat dermatologi untuk mengesan penyakit kulit atau mengimbas nadi dan semak kadar pernafasan.

Ciri ini kemudian dikatakan akan dibina pada Digital Wellbeing melalui Bedtime Mode untuk memantau kesihatan pengguna ketika tidur. Dengan pelancaran Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro semalam, secara rasminya dua peranti ini menjadi yang pertama menyokong ciri ini.

Aplikasi Digital Wellbeing akan menggunakan mikrofon terbina pada Pixel 7. Ciri mengesan dengkur boleh mengenalpasti berapa kali dengkuran dan batuk berlaku ketika tidur mengikut tetapan jam tidur pada Bedtime Mode. Ia akan dikira mengikut minit dan jam dan data akan dipaparkan dalam bentuk garis masa untuk pengguna pantau.

Semua data berlaku dalam peranti dan tidak akan dimuat naik ke pelayan Google. Ciri ini juga dibolehkan kerana kuasa kecerdasan buatan yang lebih hebat melalui cip pemprosesan Google Tensor G2.

Sumber: Mishaal Rahman

komen


© Amanz / 2022 Kami