Cari @ Amanz

Sebelum wujudnya TikTok, ciri Stories pada platform media sosial – Vine adalah platform video pendek dengan durasi 6 saat yang paling popular. Twitter mengambil-alih Vine pada tahun 2012, selepas empat tahun mereka menamatkannya dan berhenti beroperasi sepenuhnya pada tahun 2017.

Pengasas Vine kemudian hadir dengan Vine 2.0 iaitu Byte pada tahun 2020, yang juga merupakan platform kandungan video pendek – tetapi selepas setahun ia diambil oleh Clash pesaing mereka dan kini menjadi Huddles iaitu platform untuk pencipta kandungan dan pengikut berinteraksi antara satu sama lain.

Kini, Elon Musk secara rasminya telah mengambil-alih Twitter dan menjadi CEO baharu atau ”Chief Twit”. Beliau mula mengumumkan banyak perancangan untuk mengubah Twitter, seperti perlu melanggan Twitter Blue untuk mendapatkan status ”Verified”. Beliau turut dilihat mungkin berminat untuk mengembalikan Vine.

Vine

Setakat artikel ini ditulis, terdapat lebih 3.5 juta orang mengundi melalui ciapan Elon Musk mengenai Vine kembali semula. 69% orang iaitu sekitar lebih 2.4 juta inginkan Vine dikembalikan dengan hanya 31% tidak. Jika Vine dikembalikan, ia akan bersaing dengan TikTok, YouTube Shorts, IG/FB Reels yang kini semakin popular.

Jika ia dikembalikan adakah masih bagus kekal dengan video pendek 6 saat atau perlu menjadi sesuatu yang berlainan. Twitter juga telah memperkenalkan ciri paparan video seumpama TikTok melalui laman Discovery, di mana video boleh ditatal tanpa henti. Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd