Cip pemprosesan peranti mercu Exynos 2500 bukan lagi rashia kerana bulan Ogos lepas, Samsung telah mengesahkan kewujudannya. Cip ini sepatutnya digunakan pada siri Galaxy S25, namun atas masalah pengeluaran Samsung memilih untuk menggunakan cip Snapdragon 8 Elite. Untuk Galaxy Z Flip7 walau bagaimanapun, cip Exynos baharu dengan rekaan 3nm ini mungkin akan digunakan padanya.
Dalam laporan The Elec melalui video YouTube mereka, Samsung dikatakan akan menggunakan cip Exynos pada Galaxy Z Flip7 selepas kali terakhir dilakukan pada tahun 2022. Cip Exynos 2500 ini dibangunkan dengan rekaan 3nm dan menggunakan spesifikasi lebih kurang dengan Snapdragon 8 Gen 3. Exynos 2500 juga dikatakan adalah lebih efisien dari segi penggunaan kuasa berbanding S8G3.
Dengan penggunaan cip Exynos 2500, Samsung dilihat akan mengorak langkah semula dengan penggunaan cip mercu sendiri kali pertama pada peranti skrin boleh katup. Perkara ini dibuktikan dengan Exynos 2400 pada tahun ini melalui Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 FE yang mempunyai prestasi menarik. Tahun 2027, Galaxy S27 dikatakan akan sepenuhnya menggunakan cip Samsung sendiri di bawah Project Ulysses. Adakah anda boleh terima cip Exynos, seperti mana anda mula menerima penggunaan cip MediaTek?