Xiaomi Mi 11 Mengalami Masalah “Boot Loop” Selepas Dicas Dengan Pengecas 65W Yang Dijual

Xiaomi Mi 11 Mengalami Masalah “Boot Loop” Selepas Dicas Dengan Pengecas 65W Yang Dijual

Diterbitkan pada Jan 5, 2021 oleh .

Xiaomi Mi 11 adalah peranti yang dijana dengan cip Snapdragon 888 pertama dunia. Ia hadir dengan spesifikasi yang hebat seperti skrin 120Hz, kamera 108MP, pembesar suara Harmon/Kardon, pengimbas cap jari ultrasonik dengan pengimbas nadi dan banyak lagi. Bateri peranti adalah 4,600mAh dan menyokong pengecasan pantas 55W.

Pengguna di China baru-baru ini melaporkan yang peranti Mi 11 mereka mengalami masalah sistem tergendala seperti reboot secara tiba-tiba atau boot loop infiniti yang peranti hidup, paparkan logo dan mati dan ulang. Masalah ini berlaku jika pengguna menggunakan pengecas 65W yang Xiaomi jual. Tetapi tidak spesifik sama ada adakah pengecas 65W USB-PD atau pengecas GaN 65W.

Xiaomi dilihat sedar dengan masalah ini dan pengguna Mi 11 akan menerima kemaskini tidak lama lagi bagi membaiki masalah yang berlaku. Tetapi, bilakah kemaskini ini akan diedarkan – Xiaomi tidak berikan sebarang tarikh. Masalah ini berlaku kerana, terdapat protokol pengecasan yang mereka terlepas pandang dan tidak sertakan dalam perisian MIUI pada Mi 11. Mi 11 menyokong mana-mana pengecas PD, jadi isu ini sepatutnya tidak berlaku.

Mi 11 adalah peranti yang Xiaomi jual tanpa pengecas, tetapi pengecas 55W GaN diberikan secara percuma atas permintaan pembeli. Xiaomi sebelum ini pernah menghentikan penjualan pengecas GaN 65W mereka kerana digodam, tetapi hal itu telah diselesaikan. Lenovo pula semasa pelancaran Mi 10 tidak bersetuju dengan rekaan pengecas Xiaomi, kerana berpendapat ia tidak selamat. Tetapi sekurang-kurangnya tiada yang melaporkan sokongan pengecasan 55W Mi 11 tidak tercapai, seperti Mi 10 Ultra yang sepatutnya menyokong 120W – tetapi hanya menerima kuasa 80W.



Paling Popular