Siri Samsung Galaxy Watch4 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Storan Dalaman 16GB

Diterbitkan pada July 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda tertinggal, Google dan Samsung telah bekerjasama untuk menyatukan Wear OS dan Tizen sebagai satu sistem operasi jam tangan pintar. Sudah semestinya, jam tangan pintar Samsung akan menjalankannya terlebih dahulu – Galaxy Watch4. Jam Samsung ini akan menjalankan sistem operasi Wear OS dengan One UI di atasnya.

Galaxy Watch Active 4

Antara ciri menarik yang telah Samsung kongsi baru-baru ini adalah jam atau penggera yang ditetapkan pada telefon akan sama pada jam. Antaramuka One UI jam juka disamakan dengan One UI pada telefon untuk memudahkan pengguna terus kekal dalam ekosistem Samsung. Berita terkini adalah jam Samsung baharu Galaxy Watch4 akan dijana dengan cip pemprosesan Exynos W920.

Menurut SamMobile, Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic turut akan hadir dengan storan dalaman sebesar 16GB. Secara tidak langsung meningkatkan lagi kemampuan storan untuk menyokong aplikasi YouTube Music atau Tidal untuk kegunaan luar talian tanpa telefon.

Siri Galaxy Watch4 dengan Wear OS dan One UI, 16GB storan serta cip yang mempunyai kuasa 1.25X pada prestasi dan prestasi grafik yang 8.8X lebih lancar berbanding Exynos 9110 ini dilapaorkan akan dijual pada harga sekitar RM1000-RM1400. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami