Cari @ Amanz

Apple Vision Pro dilancarkan dengan gahnya pada 6 Jun lalu dengan lebih separuh pembentangan di WWDC 2023 adalah mengenainya. Pelbagai demo diperlihatkan untuk berkongsi visi Apple tentang bagaimana peranti realiti terimbuh (AR) ini akan mengubah dunia. “Perkomputeran spatial”, “dunia maya imersif”, “set kepala paling berkuasa” dan “visual AR paling realistik pernah dihasilkan” adalah antara kata kunci yang digunakan Apple untuk menjual Vision Pro kepada anda.

Apple Vision Pro

Kesemua ini dilakukan bagi membuatkan pengguna di luar sana merasakan berbayar membayar sekitar RM16,000 untuk memilikinya. Harus diakui akan antara insan yang kagum dengan teknologi yang dipaparkan Apple. Sebagai seorang veteran dalam dunia set kepala realiti maya, aku sudah mencuba beberapa set kepala yang pernah ditawarkan oleh pesaing Apple.

Dari set kepala murahan Google Cardboard ke versi pertengahan Samsung Gear VR dan set kepala kendiri Pico 4 telah aku cuba. Masing-masing mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri. Apa yang ditunjukkan Apple memang melangkaui apa yang pernah aku alami dan pada waktu yang sama melihatkan implementasi (seperti sokongan komputer riba dalam VR) yang lebih mesra pengguna.

Antaramuka visionOS

Majoriti perkara yang boleh dilakukan Vision Pro sudah boleh dilakukan dalam Meta Quest 2 misalnya. Berdasarkan video yang dikeluarkan oleh MKBHD, kelebihan besar Vision Pro ialah tiadanya sela masa semasa, mod tembus berwarna resolusi tinggi, serta ekosistem yang lebih matang.

Meta Project Cambria

Desktop maya sudah disokong Meta Quest 2 sejak tahun lalu menerusi Project Cambria tetapi memerlukan aplikasi tambahan sebelum ia boleh berfungsi. The Vision Pro pengguna hanya perlu melihat skrin MacBook Air dan dalam masa sesaat skrin fizikal 14″ yang kecil digantikan dengan skrin maya 65″ maya dengan resolusi 4K.

Pelbagai teknologi penjejakan mata, sistem biometri imbasan anak mata, imbasan wajah untuk menghasilkan avatar 3D, penjejakan jari yang tepat, kamera 3D, audio spatial dan pemproses Apple M2 serta Apple R1 disumbat dalam set kepala yang dikatakan seberat sekitar 500 gram. Tiada spesifikasi rasmi daripada Apple dan ini maklumat yang kami jumpa dalam video YouTuber yang telah mencubanya. Ini hanya sedikit lebih ringan berbanding Pico 4 (586 gram) dan Meta Quest 2 (503 gram).

“Keringanan” ini dicapai dengan tidak meletakkan bateri terus pada Vision Pro sebaliknya memerlukan sambungan berwayar dengan sumber kuasa disimpan dalam kocek pengguna. Ini perbezaannya dengan Pico 4 dan Quest 4 yang meletakkan bateri terus pada set kepala.

Apa yang aku ingin cakapkan sebenarnya ialah Vision Pro adalah sebuah seperti Ferrari LaFerrari. Kedua-duanya menggunakan teknologi paling terkini, berprestasi tinggi, canggih dan inovatif semasa dilancarkan. Kedua-duanya adalah peranti/kereta paling mahal dalam kelasnya semasa dilancarkan dengan sebilangan sahaja akan memilikinya di peringkat awal.

Persamaan lain ialah pada kuasa penuh, LaFerrari dan Vision Pro hanya boleh digunakan selama dua jam. Memandu LaFerrari juga tidak begitu selesa kerana penggunaan kerusi bakul. Pengguna awal Vision Pro melaporkan ia tidak begitu selesa dipakai. Selepas hanya 15 minit bahagian batang hidung mula terasa sakit dan kepala terasa ditekap.

Teknologi-teknologi mantap yang ada pada Vision Pro masih belum mampu menyelesaikan masalah utama set kepala VR/AR iaitu ia TIDAK SELESA untuk dipakai untuk tempoh yang lama. Secara peribadi paling lama aku boleh menyelam dalam dunia VR ialah 30 minit. Selepas tempoh ini bahagian keliling mata mula berpeluh, muka rasa seperti dihimput dan mata pula sakit kerana skrin yang terlalu dekat.

Meta Quest 3

Kesimpulannya dunia tidak memerlukan sebuah Ferrari untuk dipakai di muka. Mereka mahukan sebuah SUV – mungkin sebuah Proton X50? X50 dipasarkan pada harga yang kompetitif, amat selesa digunakan untuk perjalanan yang jauh, dan lebih penting sekali boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Dunia peranti VR, AR, XR dan MR memerlukan “SUV” mereka untuk muncul. “Stereng kereta” kini di tangan Mark Zuckerberg dengan Meta Quest 3 akan dilancarkan bulan pada harga $500 sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd