Royole, Pengeluar Peranti Skrin Boleh-Lipat Pertama Dunia Gulung Tikar
Fahim Zahar
Telefon pintar dengan skrin boleh-lipat pertama dunia dilancarkan pada tahun 2018 oleh Royole dengan FlexPai, setahun sebelum Samsung Galaxy Z Fold. Royole kemudian memperlihatkan speaker dengan skrin AMOLED melengkung, konsep skrin untuk inforia kereta, dan turut berjaya melancarkan FlexPai 2 dengan lebih 150,000 unit tempahan. Terbaru, Royole Technologies dilaporkan telah lingkup.

Digitimes Asia melaporkan yang Royole Technologies telah memfailkan status bankrap untuk syarikat mereka. Perkara ini berlaku selepas aset dan liabiliti Royole disiasat. Royole turut menghadapi masalah sejak tahun 2021 dengan dilaporkan berbulan tidak membayar gaji pekerja. Penutupan syarikat Royole turut dikatakan yang semua aset mereka masih tidak mencukupi untuk membayar hutang-hutang yang mereka tanggung.

Dengan penutupan Royole dan telah menyepi sejak tahun 2021, kehadiran FlexPai generasi ketiga dengan kamera pop-naik mereka mungkin tidak akan menjadi realiti. Tahun 2024 turut telah mengejutkan dunia dengan pelbagai pengeluar peranti Android hadir dengan pelbagai variasi telefon pintar skrin boleh lipat seperti model paling nipis, kamera paling berkuasa, skrin terbaik dan lain-lain. Apa pendapat anda mengenai Royole?
[sumber] Digitime Asia [/sumber]