Cari @ Amanz

Chrome sebelum ini sedia menguji antaramuka baru untuk pelayar web mudah-alih mereka, dan pada minggu ini mereka telah mula memperkenalkan kemaskini tersebut pada saluran stabil – Chrome 37 Untuk Android.

Melalui antaramuka baru ini, ia membawakan rekaan selari dengan Material Design yang akan diguna pakai pada Android “L” kelak.

Kini, pelbagai perkara diubah, dimana bentuk paparan tab diperlihatkan dengan animasi yang lebih lancar, disamping halaman tab utama yang berbeza berbanding sebelum ini. Ikon utama juga dilihat sedikit berbeza dengan versi sebelum ini.

Chrome Beta AndroidChrome Android

Bagi anda yang menggunakan Chrome untuk Android, boleh mengemaskini aplikasi anda dan menikmati antaramuka baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd