Cari @ Amanz

Pada pelayar web, ada kalanya kita membuka suatu tab, tetapi lupa akan untuk membaca atau melihatnya kembali. Menyedari perkara berkenaan, kini Mozilla sedang menguji sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai “Snooze Tabs”.

Firefox Snooze Tabs

Melalui Snooze Tabs, anda boleh menyembunyikan sesuatu tab dan mendusin ia kembali selepas suatu waktu yang ditetapkan. Pengguna hanya perlu tekan pada ikon khusus, dan menetapkan bila ia perlu dipaparkan kembali. Setibanya masa yang ditetapkan, tab berkenaan akan muncul kembali dan memberikan anda notifikasi untuk tab berkenaan.

Fungsi ini sedang diuji melalui Firefox TestPilot buat masa ini, dan sekiranya ia berjalan lancar, mungkin kita akan melihat ia diperkenalkan pada versi stabil Firefox pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd