Cari @ Amanz

Kerana pandemik pelbagai inovasi perlu diperkenalkan untuk memudahkan perubahan kehidupan seharian dengan norma baharu. Antaranya ialah pelitup muka lutsinar dan lif yang tidak memerlukan sentuhan. Sumbangan Samsung pula ialah memperkenalkan alat kawalan jauh TV yang mudah dinyahkuman.

Alat kawalan jauh digunakan ramai pengguna dan boleh menjadi mangkuk pijar untuk pelbagai jenis bakteria dan virus. Alat kawalan jauh Clean Remotes dihasilkan oleh Clean Remote LCC akan diberikan sebagai standard kepada pembeli televisyen Samsung Healthcare Grade dan Hospitality Grade di Amerika Syarikat.

Sebelum ini pengguna perlu membeli alat kawalan jauh yang boleh menghapuskan 99% bakteria dan kuman secara berasingan. Ini bukanlah produk baharu dan sekar Samsung mengurangkan langkah untuk hospital mendapatkan alat kawalan jauh yang lebih sesuai digunakan ketika pandemik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd