Peranti Skrin Boleh-Lipat Pixel Juga Dikatakan Akan Dijana Cip Google Tensor

Diterbitkan pada Ogos 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak dua tahun lalu kita sudah dengar, Google sedang menguji peranti dengan skrin boleh lipat. Bagi yang tidak tahu, kejayaan Galaxy Fold juga adalah disebabkan Google dengan One UI yang dibina berasaskan Android yang sudah sedia dioptimasikan untuk peranti seperti ini.

Ogos lalu kod nama passport mula kedengaran, kemudian Februari lalu Google mempatenkan peranti dengan skrin yang boleh-lipat keluar. Peniris terkenal Jon Prosser mendakwa Pixel Fold ini akan dilancarkan pada hujung tahun ini, ia juga dilaporkan menggunakan kaca ultra nipis daripada Samsung, iaitu UTG dan akan bersaing dengan Oppo, Vivo, Xiaomi dan Samsung.

Google Tensor

Perkembangan terkini mengenai peranti yang dikatakan Pixel Fold ini adalah cip pemprosesannya. Ia dilaporkan akan menggunakan cip yang sama pada siri Pixel 6, iaitu Google Tensor. Cip ini adalah cip yang menggabungkan semua cip AI seperti Neural Core, Visual Core dan juga cip sekuriti Titan dalam sebuah pakej 5nm yang dibina oleh Samsung.

Dengan Android yang sudah sedia menyokong peranti sebegini secara natif dan Samsung yang berjaya melancarkan generasi baharu iaitu Z Fold3 dan Z Flip3, sudah sampai masanya giliran Google pula. Google juga banyak mengambil contoh Samsung sejak hubungan mereka berdua ini semakin erat.

Sama-sama kita nantikan bagaimanakah iterasi Google untuk peranti ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami